ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT KG CHAIN / BATU DINDING

Tuesday, November 8, 2011

Korban Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1432/ 06hb Nov 2011

Tok ketua tengah buat spot check

Tu diaaaa.....ni la org kuat kg batu dinding & kg chain



Masa untuk di timbang dan di agihkan kepada penduduk kg....Pak chu timbang betul2 ya



(rizalrazaai)

Saturday, November 5, 2011

Korban Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1432/ 06hb Nov 2011

Baru selesai disembeleh

Masanya untuk dilapah

cam mandur...ha ha gurau bro


Org org lama bagi can kat org org muda buat keje...


Sempena Hari Raya Korban tahun ini Tok Ketua Hassan telah mengorbankan seekor lembu unt diagihkan kepada penduduk penduduk kg Batu Dinding. Penyembelihan telah dilakukan di perkarangan rumah beliau.

Tak lupa juga kami penduduk Kg Chain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Shamsul kerana menyedekahkan seekor lembu untuk di korban kan kepada penduduk kg chain .


(rizalrazaai)



Korban Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1432/ 06hb Nov 2011

En Wahab sedang mengeluarkan bahagian dalam lembu




Abg Mat kita ni begitu kusyuk dengan kepala lembu



(rizalrazaai)

Sunday, May 1, 2011

Anak Anak Kampung Yang Berjaya Dalam Bidang Akademi & Profesion

Kampung Chain amat berbangga kerana melahirkan beberapa anak watan kampung yang telah berjaya di dalam bidang akademi dan profesion. Mereka adalah :

1) Jalalludin Bin Hj Che Man
- Yang pertama telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya

2) Allahyarham Dato' Hj Saidin Bin Hj Mat Piah
- Ahli Parlimen & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

3) Janeral (B) Tan Sri Ghazali Bin Hj Che Mat
- Panglima Angkatan Tentera Malaysia - Bersara

4) Mohd Nazar Bin Abd Rahim
- Bidang olahraga : Melontar Peluru mewakili Malaysia
- sekarang sebagai Jurulatih Melontar Peluru Malaysia

5) Zulkifli Bin Mansor
- Bola Sepak : Bekas pemain Pasukan Perak
- Salah seorang penjaring gol kemenangan Piala FA yg pertama diadakan ketika mengalahkan Selangor 4-2 .

6) Hassan Sazali Bin Hj Mohd Waras
- Bola Sepak : Bekas pemain pasukan Angkatan Tentera
- sekarang sebagai Penolong Jurulatih Pasukan Kebangsaan B23 Malaysia.





(rizalrazaai)

Mereka Yang Memegang Jawatan 'Tok Ketua'

Mereka yang telah di lantik sebagai Tok Ketua Kampung Chain :
1) Allahyarham Mat Taib Bin Jusuh
2) Allahyarham Hj Che Man Bin Daud
3) Allahyarham Hj Mat Piah
4) Allahyarham Abd Rahman
5) Allahyarham Abd Malik Bin Hj Abd Hamid
6) Allahyarham Hj Mutalib Bin Hj Yusuf
7) Allahyarham Hj Abd Rahim Bin Husin
8) Hj Razaai Bin Hj Mat Zin : 16hb Feb 1998 - 31hb Dis 2010
9) Mohd Hassan Bin Hj Omar : Sekarang

Saturday, April 30, 2011

Aktiviti Membersih Surau Al-Falah Batu Dinding





Pada 1hb May 2011 telah diadakan aktiviti membersih Surau Al-Falah Batu Dinding. Terima kasih kepada mereka yang telah meluangkan masa menjalankan avtiviti ini. Diharap pada masa akan datang lebih ramai lagi yang akan hadir untuk sama sama menjaga surau kita....amin


(rizalrazaai)

SEJARAH KG CHAIN


€€Pada awal tahun 1820 an beberapa keluarga
yang berasal dari Pattani telah datang berhijrah dan membuka penempatan baru mereka diatas sebuah bukit. Mereka diketuai oleh seseorang yang dipanggil sebagai TOK SETH.
Kumpulan pertama ini telah meneroka tanah bukit tersebut dijadikan kawasan penanaman padi. Pada tahun tahun yang berikut maka ramai lagi keluarga dari Pattani yang turut sama berhijrah ke kawasan bukit tersebut. Dan akhirnya mereka telah menamakan kawasan yang mereka terokai itu sebagai Kampung Chain kerana di kawasan bukit tersebut terdapat banyak Pokok Chain.
Pokok Chain yang terakhir telah pupus di kawasan bukit tersebut pada akhir tahun 1950 an.
Selepas beberapa tahun penduduk awal Kg Chain mula meninggalkan Bukit Hulu Chain berpindah ke kawasan kaki bukit pula. Maka lahirlah kampung kampung kecil iaitu Kg Carak Keruh, Kg Bendang Kering, Kg Rusa, Kg Tukang dan Kg Batu Dinding. Semua kampung kampung kecil ini dibawah kariah Kg Chain.

* Sejarah kampung chain ini telah diceritakan oleh mantan tok ketua Hj Razaai bin Hj Mat Zin dimana beliau telah diceritakan oleh Allahyarham Hj Abd Hamid bin Abd Rahman.
* Diharap cerita ini dapat membantu anak cucu cicit di masa hadapan supaya mereka tahu asal usul kampung mereka.
* Kepada mereka yang mungkin lebih arif lagi tentang sejarah kampung chain diharap tampil unt berkongsi ilmu tersebut.


€(rizalrazaai)

Sunday, April 10, 2011

Membersih kubur Kg Chain























Gotong royong membersih kubur Kg Chain pada 10hb April 2011.
Terima kasih kepada mereka yg telah bertungkus lumus menjayakan projek ini. Diharap pada masa akan datang lebih ramai lagi anak anak jati kampung mengambil bahagian.

< rizalrazaai>