
€€Pada awal tahun
1820 an beberapa keluarga
yang berasal dari Pattani telah datang berhijrah dan membuka penempatan baru mereka diatas sebuah bukit. Mereka diketuai oleh seseorang yang dipanggil sebagai
TOK SETH. Kumpulan pertama ini telah meneroka tanah bukit tersebut dijadikan kawasan penanaman padi. Pada tahun tahun yang berikut maka ramai lagi keluarga dari Pattani yang turut sama berhijrah ke kawasan bukit tersebut. Dan akhirnya mereka telah menamakan kawasan yang mereka terokai itu sebagai Kampung Chain kerana di kawasan bukit tersebut terdapat banyak Pokok Chain.
Pokok Chain yang terakhir telah pupus di kawasan bukit tersebut pada akhir tahun 1950 an.
Selepas beberapa tahun penduduk awal Kg Chain mula meninggalkan Bukit Hulu Chain berpindah ke kawasan kaki bukit pula. Maka lahirlah kampung kampung kecil iaitu Kg Carak Keruh, Kg Bendang Kering, Kg Rusa, Kg Tukang dan Kg Batu Dinding. Semua kampung kampung kecil ini dibawah kariah Kg Chain.
* Sejarah kampung chain ini telah diceritakan oleh mantan tok ketua Hj Razaai bin Hj Mat Zin dimana beliau telah diceritakan oleh Allahyarham Hj Abd Hamid bin Abd Rahman.
* Diharap cerita ini dapat membantu anak cucu cicit di masa hadapan supaya mereka tahu asal usul kampung mereka.
* Kepada mereka yang mungkin lebih arif lagi tentang sejarah kampung chain diharap tampil unt berkongsi ilmu tersebut.
€(rizalrazaai)